Sunday, June 19, 2011

SSF Sasar Tembusi Pasaran Dubai Tahun Hadapan

Syarikat Sun Fabulous (SSF) Sdn Bhd, pengeluar barangan kesihatan dan kecantikan Bumiputera, menyasarkan untuk menembusi pasaran Asia Barat pertengahan tahun depan.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, berkenaan Suzimah Hazish berkata syarikat yang berpengkalan di Bandar Utama, Damansara, Selangor itu kini sedang membuat persediaan dan rundingan dengan beberapa buah pasaraya di Dubai berhubung perkara itu.

"Jika segala rundingan berjalan lancar, kita menjangkakan produk SSF akan mula memasuki pasaran Dubai Jun tahun depan."

"Selain itu, kita juga sedang mencari peluang untuk mengembangkan perniagaan kami di negara lain seperti Thailand dan pada masa kini produk kami sudah pun berjaya menembusi pasaran Singapura dan Brunei," katanya di Kuala Terengganu, Khamis.

Suzimah berkata SSF yang mula beroperasi Jun tahun lepas mengeluarkan sembilan jenis produk kesihatan badan serta kecantikan kulit seperti barangan penjagaan kuku serta set perawatan selepas bersalin, mendapat sambutan yang amat menggalakkan.

"Barang-barang kami dijamin bersih dan halal serta banyak menggunakan tumbuh-tumbuhan selain hidupan laut dalam menghasilkan barangan makanan dan kecantikan," katanya.

Suzimah berkata SSF sudah mempunyai lebih kurang 100 rangkaian stokis di seluruh negara dan masih memerlukan ramai lagi stokis terutama di Pantai Timur untuk memperluaskan lagi pasaran syarikat itu.

SSF mengalu-alukan sekiranya ada orang yang berminat untuk menjadi stokis dan mereka boleh menghubungi melalui laman web suzimah@sunfabulous.com.

No comments:

Post a Comment