Tuesday, June 14, 2011

Terengganu Bakal Bina Menara Berkembar 30 Tingkat

Menara berkembar setinggi 30 tingkat, yang bakal menjadi mercu tanda bandar raya ini, akan dibina di sebuah kawasan seluas 16.2 hektar di Kuala Terengganu.

Setiausaha Kerajaan negeri Datuk Mazlan Ngah berkata menara berkembar, yang menelan belanja beratus juta ringgit itu, akan menempatkan pejabat Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) dan pejabat Yayasan Terengganu.

"Secara dasarnya kerajaan negeri sudah bersetuju membina dua menara di bandar dalam Rancangan Malaysia Ke-10," katanya kepada pemberita selepas pelancaran pelan strategik Yayasan Terengganu di Kuala Terengganu, semalam.

Mengenai pelan strategik Yayasan Terengganu, beliau berkata Yayasan Terengganu akan menjadi badan berkanun pertama di Pantai Timur mengadakan kerjasama dengan Arkib Negara.

Selain itu, Yayasan Terengganu akan memberi tumpuan dalam sektor pendidikan anak anak negeri terutamanya bidang doktor pakar.

Tahun ini, katanya Yayasan Terengganu akan menghantar seramai 150 calon untuk mengikuti kursus kedoktoran di beberapa negara termasuk Mesir, Rusia, Ireland dan Indonesia.

No comments:

Post a Comment