Jika T-Team boleh tewaskan Kelantan di Kota Bharu, Terengganu boleh lakukannya di Kuala Terengganu. Kelihatan Daud Su cuba halang penyerang T-Team, Indera Putera pada perlawanan itu.
Terengganu perlu menang Isnin ini untuk membuka laluan mudah baginya memenangi Piala Liga Super, sekali gus membawa keyakinan dan semangat untuk memang Piala FA pada Sabtu, 11 Jun ini.
Terengganu tidak boleh memberikan ruang kepada Kelantan untuk menang kerana ia akan menjadi pencetus semangat kemenangan kepada Kelantan yang sama-sama akan bertandan ke Stadium Nasional Bukit Jalil untuk bertemu Terengganu.
Malah Terengganu tidak perlu gusar kerana T-Team melakukannya dua kli iaitu di Kuala Terengganu dan Kota Bharu.
Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu (PBSNT), Datuk Che Mat Jusoh berkata
kelmarin, Terengganu yang akan berdepan Kelantan bagi perlawanan Liga Super Isnin ini jika menang dan menduduki tempat teratas liga, ia pasti menyuntik semangat buat pemain.
Ini kerana Kelantan yang berstatus sebagai pendahulu Liga Super tidak merasai sebarang tekanan kepada pemain Kelantan, malah ia memberi semangat luar biasa untuk meneruskan kecemerlangan termasuk menewaskan Terengganu di gelanggang lawan, Isnin ini.
Pemain tengah Kelantan, Danial Fadzley Abdullah, berkata pemain sedar hanya kemenangan ke atas Terengganu akan menjarakkan mata dan mencerahkan peluang Red Warriors merangkul kejuaraan Liga Super buat kali pertama tahun ini.
“Apapun, kami perlu fokus kepada persiapan,” katanya ketika ditemui, semalam.
Pemain 32 tahun kelahiran Pendang, Kedah itu turut melahirkan rasa puas dapat menyarung jersi Kelantan musim ini yang dianggap antara pasukan terkuat dan mampu menjulang kejuaraan Liga Super dan Piala FA.
Namun Danial yang pernah beraksi di pentas final Piala FA bersama Perlis pada 2003 dan Piala Malaysia dengan Kedah pada 2004, mengakui rasa gementar tetap wujud dalam dirinya setiap kali perlawanan.
Bapa kepada tiga anak itu berharap momentum cemerlang Kelantan kekal sekalipun kini berstatus pendahulu liga dan finalis Piala FA dan dia sendiri bertekad memberikan aksi terbaik andai diturunkan jurulatih Datuk M Karathu.
Kelantan sekadar seri 1-1 dengan Terengganu di Kota Bharu pada perlawanan pusingan pertama tetapi katanya, itu tidak boleh dijadikan ukuran menilai kekuatan kedua-dua pasukan.
“Bagi saya, Kelantan dan Terengganu seimbang kerana masing-masing berkongsi 47 mata walaupun hanya dibezakan jaringan. Jadi, kami perlu fokus untuk memastikan kemenangan,” katanya.
Kelab Penyokong Bola Sepak Negeri Terengganu (Peteh) pula menyerahkan sepenuhnya kepada pemain untuk mengambil peluang bagi merebut ganjaran terbaik yang ditawarkan Kerajaan Negeri itu.
Selaku kelab yang ditubuhkan untuk memberikan sokongan lepada pasukan bola sepak, Peteh meletakkan harapan tinggi untuk melihat Piala FA dan Liga Super menjadi milik Terengganu.
Menurut Setiausaha Kelab Peteh, Che Azmi Che Ngah, ganjaran yang ditawarkan juga dilihat berbaloi bagi menghargai pengorbanan dan kesungguhan pemain.
“Kita (Terengganu) berada dalam landasan tepat untuk merangkul kedua-dua piala tersebut (Piala FA dan Liga Super) namun segala-galanya terpulang kepada pemain.
No comments:
Post a Comment