Wednesday, June 8, 2011

Terengganu Wujud Ladang Ubi Vitato Seluas 80 Hektar

Terengganu akan mewujudkan sebuah ladang ubi vitato seluas 80 hektar di Besut dalam usaha menjadi pengeluar makanan utama negara pada masa depan.

Pengarah Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) negeri Shamsuddin Mat Rani berkata usaha penanaman telah mula dilakukan pada April lepas melibatkan kawasan seluas 40 hektar dan ia akan dilakukan secara berperingkat sehingga mula beroperasi sepenuhnya menjelang akhir tahun ini.

"Kita menjangkakan ladang vitato ini mampu mengeluarkan hasil sebanyak 1,200 tan metrik apabila ia beroperasi sepenuhnya," katanya kepada Bernama ketika dihubungi di Kuala Terengganu semalam.

Shamsuddin berkata dalam masa yang sama juga, Terengganu akan mewujudkan sebuah ladang benih vitato seluas dua hektar di Kampung Kerandang, Besut bagi menampung sumber bekalan.

Katanya ladang berharga RM65,000 itu yang dijangka mampu membekalkan benih untuk ladang seluas 40 hektar, juga bertujuan untuk memastikan benih vitato yang ditanam benar-benar berkualiti.

Shamsuddin berkata ramai petani kini mula beralih pada penanaman vitato berikutan harganya yang agak tinggi di pasaran.

Menurut beliau harga vitato gred A sekarang ini mencapai harga antara RM1 hingga RM1.50 sekilo berbanding sebelum ini purata 70 sen sekilo.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata LPP akan membelanjakan lebih kurang RM500,000 tahun ini untuk meluaskan projek cili intergrasi di Bukit Diman, Ajil dan tembikai di Jerong, Marang.

No comments:

Post a Comment