Wednesday, June 15, 2011

Tfm Duduki Ranking Ketiga Seluruh Negara

Stesen Radio Terengganu fm (Tfm) kini menduduki ranking ketiga senarai stesen radio negeri RTM seluruh negara daripada segi jumlah pendengar.

Pengarah Jabatan Penyiaran Terengganu, Dr. Nawiyah Che Lah memberitahu, berdasarkan kaji selidik wave 1 yang dijalankan Mac lalu, jumlah pendengar kembali melonjak kepada 308,000 berbanding 232,000 pada September tahun lalu.

Beliau berharap, melalui beberapa pendekatan baru, jumlah pendengar itu dapat terus ditingkatkan untuk mencecah atau mengatasi jumlah 320,000 pendengar yang dicatatkan pada Mac 2010.

Bercakap kepada pemberita di Kuala Terengganu baru-baru ini, beliau berkata, kejatuhan jumlah pendengar selepas Mac tahun lalu antara lain mempunyai kaitan dengan perubahan program dan pertukaran jadual tugas penyiar yang menyebabkan pendengar merasa kurang serasi.

No comments:

Post a Comment