elugor Kedai, kelmarin.Difahamkan, kemalangan pukul 2.25 petang itu berlaku semasa pemandu kereta tersebut dikatakan menggunakan telefon bimbit untuk melayani khidmat pesanan ringkas (SMS).
Mangsa, Nor Adibah Hanim Abdullah, 17, yang parah di kepala dan badan dikejarkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu, tetapi disahkan meninggal dunia pukul 7 petang.
Ketua Polis Daerah Marang, Deputi Supritendan Ahmad Mazlan Yahaya berkata, kemalangan berlaku ketika mangsa dan beberapa rakannya berjalan di tepi jalan selepas tamat sesi persekolahan.
"Ketika mangsa melintas, muncul sebuah kereta dari arah Chendering ke Bukit Payong dan melanggar mangsa," katanya ketika dihubungi di semalam.
Ahmad Mazlan memberitahu, polis masih menyiasat punca sebenar kejadian itu berlaku.
No comments:
Post a Comment