Friday, July 29, 2011

Syarikat Tempatan Perlu Disenarai

Syarikat minyak negara Petroliam Nasional Bhd. (Petronas) berkata, syarikat-syarikat tempatan yang dipilih oleh rakan niaga asing untuk membangunkan lapangan minyak luar pesisir di Malaysia perlu disenaraikan.

Ini akan membantutkan rancangan China Petrochemical Corp. untuk memasuki pasaran pada masa ini.

Bernama melaporkan, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamad berkata, lapangan tersebut terletak di luar pesisir timur Terengganu dan mempunyai 30 juta hingga 50 juta tong minyak mentah.

Isnin lalu, agensi berita Bernama melaporkan, China Petrochemical Corp. atau Sinopec Group akan bekerjasama dengan syarikat persendirian Sabio Oil & Gas Sdn. Bhd. dan International Oil Design & Construction Sdn. Bhd. iaitu anak syarikat Oil Design & Construction Co., Iran untuk membangunkan lapangan minyak marginal milik Petronas.

Petronas berkata, konsortium Sinopec-Sabio-IODC tidak menyertai sebarang proses yang ditetapkan sebelum ini.

Katanya, syarikat tempatan juga dikehendaki mempunyai rekod yang baik sebagai penyedia perkhidmatan minyak dan gas.

No comments:

Post a Comment