Tuesday, August 16, 2011

2,000 Hadir Berbuka Puasa Dengan MB di Marang

Seramai 2,000 orang, termasuk ketua-ketua jabatan dan pemimpin masyarakat sekitar Marang hadir bagi berbuka puasa bersama Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said kelmarin.

Pada majlis itu seramai 38 fakir dam miskin turut diberi bantuan bagi menyambut Aidilfitri.

Sempena Program Berbuka Puasa bersama Menteri Besar Terengganu peringkat daerah Marang di Masjid Sultanah Nur Zahirah, malam kelmarin turut diadakan ceramah oleh penceramah dari Jabatan Hal Ehwal Agama Negeri Terengganu, Ustaz Haji Yusof Endut yang berkisar tentang fadilat Ramadan.

Hadir sama di majlis itu, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan, Datuk Yahya Khatib Mohamad; Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Alor Limbat, Alias Abdullah; Pegawai Pembangunan Parlimen Marang, Senator Datuk Abdul Rahman Bakar; Pegawai Pembangunan DUN Bukit Payong, Zaidi Muda dan Pegawai Pembangunan DUN Rhu Rendang, Nik Dir Nik Wan Ku.

Menteri Besar dalam ucapannya meminta rakyat negeri ini supaya bersyukur kerana dalam ekonomi yang baik di negara kita, rakyat dapat hidup dalam keadaan harmoni berbanding negara-negara lain yang menghadapi bencana alam dan peperangan.

Beliau berkata, jika sesebuah negara mempunyai masalah bencana alam, kebuluran dan peperangan, sudah tentulah kehidupan rakyat mereka menjadi teruk.

Katanya, semangat persaudaraaan di antara negara-negara Islam juga begitu longgar dan mudah diperalatkan oleh negara bukan Islam.

No comments:

Post a Comment