Sunday, August 14, 2011

Aidilfitri - Sebahagian LPT Fasa Kedua Akan Dibuka...


Sebahagian LPT Fasa Kedua yang sudah siap untuk digunakan. - Gambar Harith Fadzillah

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said berkata, warga Terengganu yang tinggal di perantauan sudah boleh menggunakan sebahagian Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) Fasa Kedua menghubungkan antara Kuantan dengan Kuala Terengganu selewat-lewatnya seminggu sebelum Aidilfitri.

Ahmad Said berkata, walaupun keseluruhan lebuh raya tersebut belum boleh digunakan tetapi ada bahagian-bahagian yang akan dibuka.

Bercakap pada majlis berbuka puasa sempena lawatan beliau ke Dungun, petang kelmarin, Menteri Besar berkata sebahagian lebuh raya berkenaan dijangka boleh digunakan untuk menampung jumlah kenderaan yang dijangka meningkat di LPT pada musim perayaan nanti.

1 comment:

  1. harapnya cpt la siap sepenuhnya..

    mintak izin share gambar

    ReplyDelete