Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) membekalkan 50,000 biji kelapa seminggu bagi mengatasi masalah kekurangan bekalan kelapa menjelang musim perayaan Aidilfitri di Terengganu.
Pengarah FAMA Wilayah Timur 1, Mohd Ariffin Awang, berkata langkah itu juga bertujuan menstabilkan harga serta mengelak peraih mengambil kesempatan mengaut keuntungan secara berlebihan.
“Kita membuat tempahan mengikut keperluan dan akan menantau dari masa ke semasa bagi memastikan bekalan kelapa mencukupi dalam pasaran,” katanya kelmarin.
Katanya harga runcit sebiji kelapa di pasaran adalah antara RM1.30 hingga RM1.70 bergantung kepada gred buah kelapa itu.
Selain Terengganu, katanya, pihaknya juga membekalkan 50,000 biji kelapa seminggu ke Kelantan bagi menampung permintaan pada Aidilfitri ini.
No comments:
Post a Comment