Friday, August 26, 2011

KTMB Tawar Lebih 138,000 Tiket Ke Pantai Timur Sempena Sambutan Aidil Fitri

Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menawarkan 138,698 jualan tiket ke Pantai Timur pada musim perayaan kali ini kepada penumpang yang menggunakan perkhidmatan KTM Intercity.

Presidennya, Dr Aminuddin Adnan berkata data jualan tiket terbaru bagi penumpang pada 25 Ogos hingga 10 Sept, sudah menjangkau 66 peratus daripada jumlah tiket yang ditawarkan.

Beliau berkata daripada jumlah itu, sebanyak 46,838 tiket masih ada untuk perjalanan dari Kuala Lumpur ke Tumpat.

"Penambahan jualan tiket adalah disebabkan desakan orang ramai kerana perjalanan menggunakan perkhidmatan kereta api dikatakan lebih selamat dan selesa," katanya selepas mengedarkan 3,000 pek cendera hati kepada penumpang KTMB di stesen Sentral KL.

Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) menyediakan 65,800 tiket bagi perjalanan dua hala Kuala Lumpur-Ipoh bermula 25 Ogos hingga 6 Sept ini.

No comments:

Post a Comment