Zamri Shamsudin menunjukkan komputer riba curi dan barangan lain bernilai RM30,000 yang dirampas daripada suspek kes pecah kereta di Kuala Terengganu, semalam.
Walaupun pernah dipenjarakan selama setahun kerana terlibat dalam jenayah pecah kenderaan pada tahun 2008, sepasang suami isteri tidak serik-serik malah terus mengulangi jenayah itu.
Akibatnya, mereka sekali lagi ditangkap pada 13 Ogos lalu dan membawa kepada penemuan barangan yang diambil dari kenderaan yang dipecahkan bernilai RM30,000.
Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Zamri Shamsudin berkata, pasangan berusia 27 dan 29 tahun itu ditangkap kira-kira pukul 1 pagi di sebuah hotel di Jalan Tok Lam di Kuala Terengganu.
Katanya, tangkapan itu dibuat hasil maklumat orang ramai dalam 'Ops Lejang Cermin' yang dilancarkan pada 9 Ogos lalu.
Zamri berkata, hasil siasatan lanjut ke atas pasangan yang mempunyai tiga orang anak itu turut membawa kepada penemuan beberapa barang berharga yang dicuri suspek.
"Antaranya, 11 unit komputer riba, 18 unit telefon bimbit pelbagai jenama, 16 unit pendrive, 22 keping kad sim, lima utas jam pelbagai jenama, empat unit 'hard disk', dua unit kamera, dua unit pemain MP3 dan MP4 serta empat beg komputer riba.
"Kita percaya, jenayah ini dilakukan pada waktu malam di sekitar masjid, pasar raya dan sekitar tempat letak kereta di bandar ini," katanya kepada pemberita di Kuala Terengganu, semalam.
Menurut Zamri, dengan penangkapan pasangan ini, polis yakin dapat menyelesaikan kira-kira 50 kes kecurian komputer riba, jam dan sebagainya akibat kegiatan pecah kereta yang dilaporkan setakat ini.
Utusan Malaysia
Kami adalah sebuah organisasi yang ditubuhkan untuk membantu orang yang memerlukan
ReplyDeletebantuan, seperti bantuan kewangan. Jadi, jika anda akan melalui kewangan
masalah, jika anda mempunyai keadaan huru-hara kewangan dan anda memerlukan dana untuk
memulakan perniagaan anda sendiri atau anda memerlukan pinjaman untuk membayar hutang atau membayar
bil, memulakan perniagaan yang baik atau anda mendapati sukar
mendapatkan pinjaman modal dari bank-bank tempatan, hubungi kami hari ini melalui e - mail
rebeccawilliamsloanfirm@gmail.com
"Jadi, jangan biarkan peluang ini berlalu begitu sahaja,
Anda dinasihatkan untuk melengkapkan dan mengembalikan butiran di bawah ..
Nama awak: ______________________
Alamat anda: ____________________
Negara awak: ____________________
Tugas anda: __________________
Jumlah pinjaman yang diperlukan: ______________
Tempoh pinjaman: ____________________
Pendapatan bulanan: __________________
Nombor telefon: ________________
Adakah anda memohon pinjaman sebelum: ________________
Jika anda telah memfailkan pinjaman sebelumnya, di mana anda dirawat dengan jujur? ...
Bertindak cepat dan keluar dari tekanan kewangan, keadaan huru-hara, dan cabaran
hubungi REBECCA WILLIAMS LOAN FIRM hari ini melalui e - mail:
rebeccawilliamsloanfirm@gmail.com