Tuesday, August 9, 2011

Peluang Sertai Pertandingan Keceriaan Merdeka

Gambar Hiasan - Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Ahmad Fuad Ismail menunjukkan Jalur Gemilang yang dipasang pada sebuah motosikal anggota penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) pada pelancaran Kibar Jalur Gemilang peringkat DBKL, di Kuala Lumpur semalam.

Jabatan Penerangan negeri akan menganjurkan Pertandingan Keceriaan Merdeka sempena Sambutan Hari Kemerdekaan ke-54 bagi memupuk semangat patriotik dan cintakan negara.

Pertandingan dibahagikan kepada tujuh kategori termasuk kategori bangunan kerajaan, bangunan swasta, sekolah, kampung tradisional, taman perumahan, kediaman individu di samping pintu gerbang.

Pengarahnya, Azizah Awang dalam satu kenyataan berkata, pertandingan seumpama itu juga dapat membantu meningkatkan penghayatan kemerdekaan negara dan mencetuskan kreativiti rakyat.

Azizah memberitahu, tarikh tutup penyertaan ialah pada 18 Ogos dan juara setiap kategori akan mewakili negara ke peringkat kebangsaan kelak yang menawarkan wang tunai antara RM2,000 hingga RM10,000.

Borang boleh didapati di ibu pejabat Penerangan negeri dan juga daerah manakala bagi mereka yang ingin mendapatkan penjelasan lanjut boleh menghubungi Ahmad Syafri Husaini Mohamad di talian 09-6267826 atau 017- 9573546.

Utusan Malaysia

No comments:

Post a Comment