Kerajaan Terengganu menaja Syahadah yang dilancarkan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said di Kuala Terengganu, baru-baru ini.
Program dokumentari "Syahadah" terbitan Radio Televisyen Malaysia (RTM) untuk musim ketujuh pada tahun ini menyelusuri perkembangan Islam di Malaysia.
Paparan musim kali ini melibatkan sejarah awal kedatangan Islam ke setiap negeri, peninggalan manuskrip dan kitab-kitab lama, peranan ulama serta tokoh agama yang bertanggungjawab menyebarkan Islam di Malaysia.
Dalam satu kenyataan, RTM berkata dokumentari itu turut menjalankan penggambaran mengenai kesan peninggalan kerajaan Andalusia dan sekaligus membongkar kedatangan Islam serta kesannya terhadap komuniti setempat dan global di Maghribi dan Sepanyol.
Sebanyak 33 episod dokumentari Syahadah selama 30 minit ditayangkan pada 6.30 petang sepanjang bulan Ramadan dan ulangannya pada 5.30 pagi di TV1.
Versi Bahasa Inggeris pula disiarkan di TV2 pada 4 petang dan ulangan pada 4.30 pagi.
Program yang bermula pada 2005 itu menyingkap rahsia peradaban Islam melalui paparan realiti kehidupan, pegangan dan amalan masyarakat Islam sebagai inspirasi dan inovasi daripada zaman ke zaman.
No comments:
Post a Comment