Thursday, August 18, 2011

Tidak Sukar Untuk Dapatkan Wang Zakat -Wan Harujan

Wang zakat diagihkan kepada golongan asnaf mengikut prosedur dan peraturan yang ditetapkan oleh semua negeri dan tiada birokrasi dalam agihan tersebut.

Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) Wan Harujan Sulaiman berkata, semua negeri telah ditetapkan prosedur dan peraturan yang perlu dipatuhi.

Menurutnya, wang zakat diberikan kepada pemohon yang betul-betul layak.

“Tidak sukar dan payah untuk memohon bantuan zakat, hanya perlu me-ngisi borang dan mendapat perakuan daripada pengerusi jawatankuasa kemajuan dan keselamatan kampung (JKKK) bagi memastikan maklumat yang diberikan adalah tepat kerana mereka lebih mengenali pemohon.
“Tetapi jika pemohon tinggal di kampung lain tetapi mendapat pengesahan daripada JKKK lain pasti mengalami masalah namun kes sebegini tidak ramai,” katanya.

Menurut beliau, sebelum zakat diberikan, siasatan terperinci dilakukan bagi memastikan mereka yang menerima betuk-betuk layak.

“Selain zakat hari raya, kita juga ada bantuan lain termasuk bantuan tunai segera denagn jumlah maksimum RM250 mengikut keadaan pemohon.

“Bantuan segera ini diberikan kepada mereka yang mengadu mengalami masalah kewangan, ditinggalkan suami dan sebagainya dengan mengisi borang tertentu,” katanya.

Katanya, pejabat Maidam sentiasa terbuka untuk mereka yang ingin memohon bantuan, Sekiranya ada yang tercicir bagi menerima zakat hari raya, mereka masih boleh memohon cuma wang tersebut tidak boleh diperoleh dalam masa terdekat.

Wan Harujan berkata, seramai 32,000 menerima zakat hari raya pada tahun ini dengan peruntukan sebanyak RM12.6 juta.

No comments:

Post a Comment