Wednesday, September 14, 2011

23,250 Calon Duduki Peperiksaan di Terengganu

Murid cacat penglihatan dari Sekolah Kebangsaan Indera Mahkota, Muhammad Haziq Azmi menggunakan kamera litar tertutup khas bagi membaca soalan peperiksaan ketika menduduki UPSR di Kuantan, semalam.

Hari ini adalah hari kedua 23,250 calon menduduki peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) di 373 buah pusat peperiksaan di seluruh negeri.

Mereka adalah sebahagian daripada seramai 497,691 murid tahun enam menduduki UPSR mulai mulai semalam di 8,235 pusat peperiksaan di seluruh negara.

Ketua Penolong Pengarah, Sektor Pengurusan Penilaian dan Peperiksaan Jabatan Pelajaran Negeri, Tuan Pail Tuan Jusoh kelmarin berkata daerah Kuala Terengganu mencatatkan calon tertinggi seramai 7,763 calon di 93 pusat peperiksaan.

Menurutnya, daerah Kemaman seramai 3,780 calon (51 pusat), Besut 3,515 calon (50 pusat), Dungun 3,055 calon (53 pusat), Marang 2,182 calon (30 pusat), Hulu Terengganu 1,547 calon (48 pusat) dan Setiu 1,408 calon (44 pusat).

Katanya, bilangan calon yang menduduki peperiksaan tahun ini meningkat sedikit berbanding 23,154 calon pada tahun lalu.

"Seramai 2,040 petugas termasuk penyelia, pengawas peperiksaan dan penolong pengawas peperiksaan dilantik untuk menyelia peperiksaan tersebut.

UPSR yang dijalankan serentak di seluruh negara akan berakhir esok.

Semalamcalon akan menjalani tiga kertas peperiksaan iaitu Bahasa Melayu Pemahaman, Bahasa Melayu Penulisan dan Metamatik II.

Ditanya ramalan keputusan peperiksaan UPSR di negeri ini, beliau berkata berdasarkan peperiksaan percubaan baru-baru ini menunjukkan keputusan yang amat cemerlang.

Sementara itu mulai 4 hingga 11 Oktober depan peperiksaan Penilian Menengah Rendah (PMR) akan bermula yang membabitkan 23,154 calon

No comments:

Post a Comment