Friday, September 9, 2011

Kes Denggi Menurun Bagi Tempoh 28 Ogos Hingga 3 September

Kes demam denggi bagi tempoh 28 Ogos hingga 3 September lepas, menunjukkan penurunan iaitu daripada 302 kes minggu sebelumnya kepada 126 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Hasan Abdul Rahman berkata, penurunan itu kemungkinan dipengaruhi cuti perayaan yang mana masyarakat tidak pergi mendapatkan rawatan awal apabila mengalami demam.

Beliau berkata hanya negeri Sabah sahaja yang menunjukkan peningkatan kes iaitu satu kes.

"Orang ramai bagaimanapun diharap tidak mengambil mudah meskipun berlakunya penurunan kes dan mengabaikan kebersihan kawasan persekitaran," katanya dalam satu kenyataan semalam.

Sejumlah 47 lokaliti wabak denggi dipantau di seluruh negara berbanding 63 lokaliti pada minggu sebelumnya, katanya.

Dr Hasan berkata hanya satu sahaja hot spot dikenal pasti pada minggu ini yang melibatkan 29 kes demam denggi iaitu di Taman Melati Utama, Setapak Kuala Lumpur.

No comments:

Post a Comment