Tuesday, September 20, 2011

Pemimpin Setempat Perlu Jalin Hubungan Rapat Dengan Rakyat

Tugas pemimpin masyarakat kini semakin mencabar berikutan perlu memikirkan bagaimana ingin mengukuhkan perpaduan antara kaum selain mencari idea untuk mengekalkan pentadbiran yang ada sekarang.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin, berkata bukan mudah untuk mengekalkan keharmonian yang dinikmati semua lapisan masyarakat sekiranya tiada sikap tolenrasi dan kerjasama antara semua pihak.

“Sehubungan itu, setiap pemimpin setempat perlu menjaga hubungan baik dengan rakyat supaya mudah untuk mewujudkan suasana bersatu padu, mudah berbincang dan berfikiran terbuka,” katanya.

Beliau berkata demikian berucap di majlis Ramah Mesra dan Jamuan Aidilfitri di Dataran Padang Merdeka, Sura, Dungun, hari ini.

Turut hadir, Menteri Besar, Datuk Seri Haji Ahmad Said bersama isteri To’ Puan Norliza Mahmud; Ketua Umno Bahagian Dungun, Datuk Rosli Mat Hassan; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mazlan Ngah; Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN), Datuk Tengku Putera Awang; Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan, Datuk Zaabar Mohd Adib dan Dr A Rahman Mokhtar.

Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Besi, Datuk Din Adam dan Adun Paka, Zakaria Abdullah.

Lebih 15,000 rakyat pelbagai lapisan masyarakat hadir memeriahkan program yang turut diserikan dengan pelbagai nyanyian lagu Aidilfitri dan hidangan makanan tradisional Terengganu.

Katanya, dia bangga Terengganu kini semakin hari semakin maju. Apa yang dinikmati itu sememangnya dinanti kerajaan Pusat.

“Terengganu tidak perlu diperkenalkan lagi kerana negeri ini sememangnya sudah lama membangun dan maju daripada pelbagai aspek terutama berkaitan pendidikan dan pembangunan,” katanya.

Teganukita

No comments:

Post a Comment