Thursday, September 8, 2011

Sang Penyu & T 'Team Perlu Terus Menang

Sang Penyu dan T’Team jangan mudah selesa.

Semua perlawanan perlu dilalui secara berperingkat serta tidak boleh memandang mudah pihak lawan.

Harapan peminat dan penyokong bolasepak Terengganu, khususnya Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said yang mahukan Piala Malaysia dibawa ke Terengganu perlu dipenuhi.

Terengganu akan menentang Selangor PKNS, Sabtu ini di Kuala Terengganu dan T’Team akan berdepan Kuala Lumpur di Stadium Majlis Perbandaran Selayang.

Kuala Lumpur sejauh ini mencuri tumpuan dalam saingan Kumpulan D selepas membenam Polis Diraja Malaysia (PDRM) 3-0 di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi menerusi gol sendiri Azrul Azman (44) , Badrul Hisyam Azmi (64) dan Yong Kuong Yong (76).

Sementara Selangor PKNS bagaikan harimau luka selepas gagal mendapatkan mata penuh pada saingan kumpulan B apabila tewas kepada naib juara Piala Malaysia 2010, Negeri Sembilan 1-2 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Kelana Jaya Sabtu lalu.

Semalam jurulatih Terengganu, Irfan Bakti kepada mengingatkan anak buahnya jangan selesa selepas mereka memperoleh tiga mata penuh pada perlawanan pertama Piala Malaysia Kumpulan B menewaskan Sime Darby 3-0 di, kelmarin.

"Sungguhpun kita berjaya memperoleh kejuaraan Piala FA tahun ini, namun itu semua perlu dilupakan sementara ketika sedang mengharungi cabaran Piala Malaysia.

"Saya juga mahu penyakit mudah bangga dengan kelebihan yang ada dibuang daripada diri semua pemain saya. Jangan selesa dengan semua ini sewaktu berhadapan PKNS dan kita perlu menang," kata Irfan.

Sementara T-Team yang sekali lagi mengekalkan rekod tanpa kalah menewaskan Red Giants 1-0 pada perlawanan Kumpulan D Piala Malaysia, kelmarin juga tidak boleh leka dan merasa puas.

Yunus Alif ternyata kecewa sedikit kerana pemain gagal menambah dua gol lagi pada aksi separuh masa kedua di mana lebih banyak peluang yang diperoleh.

Namun, Yunus akui, perlawanan babak pertama begitu sukar apabila pergerakan pemain-pemainnya terhad dengan penguasaan Selangor pada permulaan perlawanan.

"Saya juga ingin memberi kredit kepada barisan pertahanan yang berjaya mengekang asakan bertali arus daripada pemain Selangor," ujarnya.

Yunus berjanji akan menyusun strategi lebih mantap dalam aksi menentang satu lagi pasukan gergasi, Kuala Lumpur di Selayang nanti.

No comments:

Post a Comment