Wednesday, September 21, 2011

Teman Wanita 'Tokan' Kena Tahan

Seorang wanita dipercayai penagih tegar yang tinggal sebumbung bersama teman lelakinya, dipercayai seorang ‘tokan’ (pengedar) dadah ditahan di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Durian Penjara di Marang, petang kelmarin.

Wanita berumur 24 tahun itu ditahan di dalam rumah teman lelakinya dalam satu serbuan kira-kira jam 3.40 petang, dijalankan sepasukan pegawai dan anggota polis narkotik dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Marang.

Bagaimanapun, teman lelaki wanita itu yang dikehendaki kerana dipercayai aktif menjalankan aktiviti pengedaran dadah di kawasan berkenaan berjaya meloloskan diri dan ketika ditahan wanita terbabit dipercayai dalam keadaan khayal.

:Ketua Polis Daerah Marang, Deputi Superintendan, Ahmad Mazlan Yahaya, ketika dihubungi mengesahkan laporan itu berkata, ketika serbuan dibuat tiada dadah ditemui di rumah berkenaan.

“Siasatan awal polis juga mendapati, wanita itu sudah mengambil dadah sejak beberapa tahun lalu. Setelah ujian air kencing mendapati wanita itu positif dadah jenis morfin, pihak polis segera membawa kes itu ke mahkamah.

“Wanita berumur 24 tahun itu kini direman sehingga Rabu sebelum dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini,” katanya kelmarin.

Kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Sinar Harian

No comments:

Post a Comment