Tuesday, September 13, 2011

T'Team Anggap Persaingan Masih Terbuka Ke Suku Akhir Piala Malaysia

Walaupun persaingan tempat ke suku akhir Piala Malaysia masih terbuka, namun pasukan T'Team perlu menang ke atas pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam Kumpulan D, di Kuala Terengganu, malam ini.

Jurulatihnya Yunus Alif berkata ini kerana T'Team tidak mahu kecundang sama seperti ketika bertemu pasukan Kuala Lumpur Sabtu lepas disebabkan kesilapan yang tidak seharusnya berlaku.

"Kita perlu menang dengan PDRM esok malam dan kesilapan yang lalu perlu dijadikan iktibar sekiranya T'Team tidak mahu gulung tikar lebih awal dalam kempen Piala Malaysia in
i," katanya semalam.

Yunus berkata pertemuan dengan PDRM merupakan perlawanan terakhir pusingan pertama kumpulan D di mana pasukan itu kini menduduki tempat ketiga dengan memperoleh tiga mata setelah menang satu perlawanan dan kalah sekali.

Bagi memperkemaskan pasukan, Yunus berkata Tengku Hasbullah Tengku Hassan yang baru pulih dari kecederaan akan diturunkan malam esok untuk digandingkan dengan bekas pemain kebangsaan Indra Putera Mahyudin di barisan tengah.

Yunus berkata T'Team tidak boleh memandang rendah keupayaan pasukan PDRM walaupun ia merupakan pendatang baru kerana mereka juga mempunyai azam yang tinggi dalam kempen kali ini.

Beliau berkata T'Team akan menurunkan kesebelasan utama bagi memastikan mereka memungut mata penuh dan sekaligus melebarkan peluangnya melangkah ke pusingan suku akhir.

No comments:

Post a Comment