Sejumlah 132 haiwan liar, termasuk tiga harimau belang dan kongkang, dirampas dalam serbuan ke atas zoo terbabit semalam.
Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) merampas 132 ekor haiwan termasuk spesies yang dilindungi di Danga Bay Petting Zoo, Teluk Danga, di Johor Bahru, semalam.
Tindakan itu diambil selepas pemilik zoo persendirian yang beroperasi sejak 2005 itu gagal memperbaharui permit khas pemilikan zoo berkenaan.
Timbalan Ketua Pengarah 2 Perhilitan, Dr. Zaaba Zainol Abidin berkata, zoo itu tidak mendapat kelulusan untuk memperbaharui permit khas tersebut kerana melanggar Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 yang antaranya menyediakan kandang yang sempit dan tidak sesuai bagi setiap haiwan.
Anggota Perhilitan memindahkan gajah dari Zoo Petting di Danga Bay, Johor, selepas permit dan lesen khas hidupan liar itu tidak diperbaharui.
"Kesemua 132 ekor haiwan yang dirampas itu termasuk seekor gajah, tiga ekor harimau, dua ekor beruang dan dua ekor singa. Haiwan berkenaan akan ditempatkan di beberapa lokasi, antaranya Zoo Melaka, Zoo Kemaman Terengganu dan Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah, Pahang,” katanya kepada pemberita, semalam.
Zaaba berkata, Perhilitan pernah memberi peluang kepada pihak pengurusan zoo berkenaan untuk mematuhi segala peraturan namun ia gagal dilaksanakan.
No comments:
Post a Comment