Khabar menggembirakan buat kira-kira 20,000 rakyat terutama remaja yang tercicir daripada mendapat dana khas Aidilfitri lalu apabila mereka bakal menerima bantuan itu menjelang Hari Raya Aidiladha bulan depan.
Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said berkata, keputusan itu dicapai setelah semakan dibuat ke atas senarai penerima dan didapati masih ada yang belum tersenarai.
"Ada lebih RM1 juta lagi yang kerajaan negeri akan agihkan kepada 20,000 orang. Kita juga dah semak dan didapati ada juga yang kehilangan MyKad dan sebagainya sehingga tak menerimanya," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco di Kuala Terengganu semalam..
No comments:
Post a Comment