Kej

Ketua Balai Bomba Dungun, Nor Azizi Che Noh berkata, pihaknya menerima laporan kira-kira pukul 9.48 malam dan tiba tiga minit kemudian selepas menerima laporan.
Katanya, kejadian dipercayai berpunca daripada salah sebuah rumah yang kemudiannya merebak ke rumah-rumah lain dan kebakaran itu menyebabkan 100 peratus kediaman itu musnah.
"Setibanya di tempat kejadian api telah marak dan merebak ke ketiga-tiga rumah terbabit dan pihak kami berjaya mengawal api daripada merebak ke sebuah lagi rumah,” katanya.
Menurutnya, 10 anggota bomba dan penyelamat dengan dibantu dua jentera mengambil masa selama 30 minit untuk memadamkan sepenuhnya kebakaran.
No comments:
Post a Comment