
Pelajar berkenaan yang ditemani ibu dan bapa mereka begitu teruja apabila menerima kemudahan itu yang dibekalkan kepada mereka secara percuma.
Salah seorang pelajar, Wan Nurain Anif Afiqah Wan Nazeli, dari Sekolah Kebangsaan Tengku Ampuan Intan, berkata dia sangat gembira mendapat e-Book dan menunggu hari pembahagiannya sejak beberapa hari lalu hinggakan tidak dapat melelapkan mata.
Beliau berjanji akan menggunakan e-book yang diberikan sebaik mungkin bagi meningkatkan prestasi pembelajarannya.
Sementara itu, Menteri Besar dalam ucapannya berkata, kerajaan negeri sentiasa memertabatkan bidang pendidikan dan pembangunan modal insan kerana ingin melihat lebih ramai anak-anak Terengganu mencapai kejayaan.
Turut hadir pada majlis itu, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri , Datuk Tengku Putera Tengku Awang; Ahli Parlimen Hulu Terengganu, Mohd Nor Othman dan Ahli Dewan Undangan Negeri Kuala Berang, Zawawi Ismail.
Teganukita
No comments:
Post a Comment