Seramai 54 atlet Terengganu akan mewakili negara bagi kejohanan Sukan Sea di Jakarta, Indonesia dari 11 hingga 22 November ini.
Menterio Besar, Datuk Seri Ahmad Said berkata semalam, penyertaan mereka pada kejohanan itu akan turut disertai seramai tujuh orang pegawai dan jurulatih.
Beliau memberitahu, kesemua atlet berkenaan akan menyertai acara seperti lumba basikal, kanu, softball, olahraga, silat, judo, sepak takraw, angkat berat, lawan pedang dan perahu layar.
"Kita serah kepada kontinjen negara untuk menentukan sasaran emas oleh atlet-atlet kita pada Sukan Sea nanti," tambahnya
No comments:
Post a Comment