Tuesday, October 11, 2011

Jeremy Koo Muncul Juara Match Racing Malaysia 2011

Jeremy Koo dari pasukan Abdullah Chan/KRT berjaya mengekalkan kejayaan apabila sekali lagi muncul juara Kejohanan Match Racing Malaysia (MMRC) 2011 yang berlangsung di Pulau Duyong, di Kuala Terengganu

Kemenangan itu membolehkan Jeremy mendapat tempat dalam Piala Monsun yang akan diadakan di tempat sama mulai 22 Nov hingga 27 Nov ini.

Jeremy berjaya menggalas cabaran negara selepas mengetepikan saingan penyandang juara dua tahun lalu Hazwan Hazim Dermawan dari pasukan Permai Hotel Sailing Team.

Beliau yang pernah menjadi krew Tiffany ketika adik perempuannya itu menjuarai MMRC pada 2006 dan 2007 berjaya mengatasi pencabar terdekatnya dengan keputusan 3-2 dalam perlawanan akhir petang tadi.

Jeremy ketika ditemui pemberita berkata perlawanan sangat sengit dan sukar untuknya mengalahkan penyandang juara edisi 2009 itu.

"Perlawanan tadi amat sengit namun dengan semangat berpasukan yang tinggi daripada ahli kumpulan yang lain kami berjaya mengatasi lawan,” katanya.

Dalam saingan separuh akhir pada sebelah pagi, Jeremy menewaskan Masyuri Rahmat dari pasukan MAF 2 dengan mencatat kemenangan 3-2 manakala Hazwan Hazim Dermawan berjaya menyekat kemaraan UPM Sailing dengan keputusan 3-2.

No comments:

Post a Comment