Wednesday, October 26, 2011

JHEAT Turun Padang Dekati Masyarakat

Satu daripada aktiviti turun padang JHEAT di daerah Kuala Terengganu.

Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) melaksana program turun padang dalam usaha mendekati masyarakat dengan mengatur pelbagai aktiviti keagamaan dan gotong royong.

Pesuruhjaya JHEAT, Mohd Rozali Salleh berkata, program ini membabitkan semua pegawai JHEAT serta imam dan bilal dalam daerah Kuala Terengganu melaksanakan aktiviti kemasyarakatan membabitkan tujuh daerah di negeri ini.

Program yang bermula Mei lalu telah membabitkan empat daerah yang dikunjungi iaitu Besut, Setiu, Kemaman dan Dungun.

“Di samping menyampaikan maklumat jabatan, program ini turut memberi peluang jabatan menyelami lebih dalam masalah berkaitan imam dan bilal serta komuniti masjid yang mungkin terlepas pandang sebelum ini,” katanya.

Haji Mohd. Rozali berkata demikian pada majlis ilmu di Masjid Bukit Wan, Batu Rakit dalam program turun padang bersama memakmurkan rumah Allah.

Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan negeri merangkap Adun Batu Rakit, Khazan Che Mat; Imam Besar Terengganu, Aizi Saidi Abdul Aziz serta semua Penolong Pesuruhjaya dan Pegawai Agama daerah-daerah.

Dalam tazkirahnya, Mohd Rozali meminta imam dan bilal dan masyarakat sentiasa berusaha memakmurkan masjid dengan mengatur pelbagai aktiviti menarik orang ramai datang ke rumah Allah.

“Individu yang setiasa mengunjungi masjid akan mendapat ketenangan dan rahmat sangat besar menanti jemaah yang rajin mengunjungi rumah Nya,” katanya.

Teganukita

No comments:

Post a Comment