Jawatankuasa Undang-undang Syariah Badan Peguam menyambut baik langkah Jabatan Kehakiman Syariah Terengganu yang mengurangkan kadar deposit/jaminan bagi kes rayuan dan semakan di negeri itu.
Pengerusi jawatankuasa itu, Shamsuriah Sulaiman berkata, kadarnya dikurangkan daripada RM5,000 kepada RM200 bagi rayuan dan semakan dari mahkamah tinggi syariah ke mahkamah rayuan syariah dan daripada RM1,000 kepada RM100 dari mahkamah rendah syariah ke mahkamah tinggi syariah.
"Kami menggesa agar di masa depan, kajian dan rundingan komprehensif dilakukan dengan pihak-pihak yang relevan sebelum kadar itu dinaikkan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
No comments:
Post a Comment