Monday, October 31, 2011

PBSNT Jangan Cepat Melatah, Nak Menghukum!

Analisis Hambali Abdul Latiff

Kenapa tergesa-gesa dan cepat sangat?

Jangan kerana kalah, Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu (PBSNT) tergesa-gesa mahu mengadakan perjumpaan dengan jurulatih dan barisan pemain bagi menentukan kedudukan mereka musim depan.

Kalah menang dalam bolasepak adalah perkara biasa dan seharusnya pentadbiran PBNST terus mahu ‘menghukum’ atau mengekalkan sesetengah pemain.

Ambillah masa sedikit untuk bermuhasabah dan factor kekalahan Terengganu.

Kaji dan salami masalah pemain, jangan hanya memikirkan untuk melepaskan geram atau menyalahkan pemain dan jurulatih apabila kalah.

Kaji juga kenapa sesetengah pemain anak negeri tidak mahu bermain dengan pasukan Terengganu. Salah siapa? Pemain? Pengurusan negeri?

Memang wajar jika ramai yang memang kecewa dengan kekalahan Terengganu kepada Negeri Sembilan dan sekali gus gagal mengulangi kejayaan pada 2001 untuk muncul juara Piala Malaysia.

Apapun, rakyat dan penyokong Terengganu jangan kecewa dan memnghemburkan kata-kata yang menghina pasukan sediri kerana dalam permainan bolasepak memang begitu. Pada perlawanan akhir hanya ada menang atau kalah. Tiada seri.

Kegagalan untuk menjadi juara bukanlah kekalahan atau kehilangan segala-galanya.

Penyokong pasukan Penyu perlu terus berdiri di belakang pasukannya kerana selepas ini ada lagi perlawanan penting iaitu perlawanan membabitkan pasukan luar anjuran Persekutuan Bolasepak Asia (AFC) November ini.

Sebagai juara Piala FA, Terengganu akan mewakili negara ke pertandingan itu dan perlawanan ini lebih berprestij berbanding perlawanan dalam negara.

Menduduki najib juara perlu ditelan tetapi kejayaan ke final sudah cukup besar untumk skuad Penyu kerana ketika berdepan Kelantan pada suku akhir dan kemudian Selangor pada separuh akhir dilihat kejayaan besar untuk skuad negeri ini.

Tidak ada yang The Red Wariors itu mempertahankan kejuaraannya yang dikecapi tahun lalu. Malah Kelantan juga adalah juara Liga Premier Liga Malaysia.

Dengan penyerang berbisanya, Nor Shahrul Talaha, Kelantan dikatakan mudah untuk meratah Terengganu.

Misi mereka besar, selain untuk mempertahankan kejuaraan, sebagai Juara Liga Premier, mereka mahu membalas dendam kekalahan dalam perlawanan akhir Piala FA 2011 apabila tumpas kepada Terengganu sebelum ini.

Sementara Selangor yang dikenali dengan The Red Giants yang dikalahkan dua kali oleh Terengganu di Shah Alam 2-0 dan di Kuala Terengganu dengan 2-1 pula bukan calang-calang pasukan kerana ia memiliki pemain yang disegani khususnya Shafik Rahim.

Pada perlawanan akhir di Stadium Shah Alam semalam, Terengganu berdepan dengan satu pasukan yang tiba-tiba ‘bingkas’ selepas persembahan yang kurang memberangsangkan pada Piala FA dan Piala Liga Premier.

Malah, kehadiran pasukan Negeri Sembilan tiga kali berturut-turut ke pentas final Piala Malaysia iaitu pada 2009 apabila mereka menjadi juara dan tahun lalu, kalah kepada Kelantan membuktikan Negeri Sembilan bukan pasukan kerdil.’

Ia juga pasukan yang perlu dihormati dan bermain di pentas final bagi pemain yang berpengalaman adalah suatu keseronokan bukan gugup dan gementar.

Pemain seperti kaptennya Shukor Adan yang kali ini adalah final ketujuh baginya selain Hairuddin Omar – anak Terengganu – yang menjaringkan dua gol semalam sudah tidak asing dengan permainan peringkat akhir yang penuh tekanan

Tonggak pertahanan Negeri Sembilan juga berpengalaman seperti Norhafiz Zamani Misbah Aidil Zafuan, Qhairul Anwar Roslani dan Irwan Fadli Idrus mampu mengekang ancaman jentera serangan Terengganu terdiri daripada Abul Hadi Yahya, Abdul Manaf Mamat serta Ashaari Shamsuddin yang dilihat antara yang paling berahaya pada saingan Piala Malaysia ini.

Hairuddin atau dikenali sebagai Hai-O bukan calang-calang penyerang. Pada edisi 2009, Hairuddin yang dipinjamkan ke Negeri Sembilan lantaran kelabnya ketika itu, T-Team tidak layak beraksi dalam kempen Piala Malaysia, berjaya menjaringkan gol menerusi tandukan menarik, sekali gus mengecewakan Kelantan 3-1 di pentas final.

Tahun lalu ketika menyarung jersi Kelantan, Hairuddin menjadi 'api dalam sekam' buat Negeri Sembilan apabila tandukannya berjaya menyamakan kedudukan buat The Red Warriors sebelum jaguh Pantai Timur itu menang 2-1.

Malah, Hairuddin belum kehilangan bisanya musim ini apabila dia berjaya menanduk masuk tiga lagi gol bagi membantu Negeri Sembilan mara ke final ketika menentang T-Team dan Felda United dalam aksi suku akhir dan separuh akhir sebelum ini.

Hakikatnya biarpun kalah, kalah Terengganu adalah pada peringkat final. Menjuarai Piala FA, menduduki tempat ketiga Liga Supert dan naib johan Piala Malaysia sudah meletakkan Terengganu sebagai pasukan dihormati di negara ini.

Selain itu turut penting, kejayaan pasukan bolasepak Terengganu ini juga meletakkan Terengganu sebagai kuasa sukan negara yang dihormati negeri-negeri lain yang sesetengahnya mengalami zaman menurun yang ketara.

Nota – Sebahagian besar bahan ini sudah disiarkan melalui BicaraTerengganuKita melalui TerengganuFm semalam.

No comments:

Post a Comment