Sunday, October 16, 2011

Pelayar New Zealand William Tiller Juara AMRC

Pelayar dari New Zealand, William Tiller muncul juara Kejohanan Kapal Layar Asia Match Racing (AMRC) 2011 yang berlansung di Pulau Duyong di Kuala Terengganu, semalam.

Kemenangan itu membolehkan Tiller bersaing bersama pelayar terkemuka dunia dalam Kejohanan Piala Monsun yang akan diadakan di venue yang sama mulai 22 Nov hingga 27 Nov ini.

Jurumudi pasukan Full Matel Jacket ini berjaya mengetepikan saingan pasukan Gilmour dengan keputusan 3-1 dalam perlawanan akhir.

Pada pusingan pertama perlawanan peringkat akhir itu menyaksikan Tiller tewas, namun beliau bangkit memburu kemenangan dan berjaya menewaskan David Gilmour dengan tiga pusingan selepas itu.

Walaupun David cuba bangkit memberikan saingan, beliau terpaksa akur dengan kelebihan pelayar muda berusia 21 tahun dari New Zealand itu.

Majlis penyampaian hadiah hari ini disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan Negeri, Datuk Abdul Rahin Mohd Said dan majlis turut dihadiri oleh Pengerusi T-Best Tan Sri Sabaruddin Chik.

Sebanyak tujuh pasukan menyertai kejohanan edisi keenam AMRC yang berlangsung sejak 12 Nov lalu dan juara AMRC akan bertanding dalam kejohanan Piala Monsun bagi menentukan juara jelajah World Match Racing Tour (WMRT) di venue yang sama pada bulan Nov ini.

Pada saingan Piala Monsun nanti, Malaysia akan diwakili oleh Jeremy Koo dari pasukan Abdullah Chan/KRT yang berjaya mengekalkan kejuaraan Match Racing Malaysia (MMRC) 2011 Isnin lepas.

No comments:

Post a Comment