Seorang pemandu lori semalam dihukum penjara 32 tahun oleh Mahkamah Sesyen di Kuala Terengganu setelah mengaku bersalah atas dua tuduhan melakukan sumbang mahram terhadap adik iparnya sehingga mangsa melahirkan anak.
Lelaki berusia 52 tahun itu mengaku melakukan persetubuhan di luar nikah terhadap adik iparnya yang berusia 15 tahun pada Ogos 2009 di sebuah rumah di Bukit Payong, Marang, dekat Kuala Terengganu.
Bapa kepada tiga orang anak itu turut didakwa mengulangi perbuatan tersebut sebulan kemudian di tempat yang sama.
Kedua-dua pertuduhan itu dikemukakan mengikut Seksyen 376B(1) Kanun Keseksaan.
Hakim Datuk Zainal Abidin Kamarudin menjatuhkan hukuman penjara 16 tahun bagi setiap pertuduhan dan diperintahkan berjalan secara berturut-turut.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Zalina Awang manakala tertuduh tidak diwakili peguam bela.
No comments:
Post a Comment