Semuanya telah sedia untuk edisi keenam Kejohanan Match Racing Malaysia (MMRC) mulai hari ini sehingga Isnin diikuti Kejohanan Match Racing Asia (AMRC) dari 12 hingga 15 Oktober di Ri-Yaz Heritage Marina Resort & Spa.
Begitupun, persediaan sebenar untuk perlumbaan bermula beberapa bulan lebih awal jelas David Mills, Pengurus Kapal Layar Piala Monsun.
Bot perlu diselenggara dengan betul, perkhidmatan enjin, sistem masa, membaik pulih kebocoran dan pemeriksaan kerosakan untuk mengekalkan dalam keadaan yang mantap untuk perlumbaan.
Sehari sebelum perlumbaan, bot dibersihkan dan digilap, peralatan pelayaran yang diperiksa, bot ditimbang dan diuji dan rig pelayaran dicagarkan untuk memastikan ketegangan adalah betul.
Mills berkata: “Persediaan untuk perlumbaan adalah penting bagi memastikan perlawanan yang adil. Apa yang dilakukan untuk satu bot, perlu dilakukan untuk semua bot.
“Sebagai contoh, bot ditimbang di dalam air untuk memastikan kesemuanya berat yang sama. “
Bukan sahaja bot yang ditimbang, malah juga setiap satu ahli pasukan.
Setiap pasukan yang menyertai perlu menimbang berat semasa pendaftaran untuk memastikan kriteria had jumlah berat 437.5kg dipenuhi.
Mana-mana pasukan yang melebihi berat maksimum akan perlu menghilangkan berat tambahan dengan menyingkirkan berat air.
Setiap pasukan yang menyertai MMRC tiba di Pulau Duyong dengan penuh semangat, bersedia untuk ditimbang dan didaftarkan.
Beberapa pasukan mengambil kesempatan daripada ketibaan awal untuk mengambil bot keluar ke air untuk mendapatkan rasa kapal layar F36 sebelum perlumbaan bermula.
Perlumbaan sebenar bermula hari ini apabila pasukan-pasukan bertarung bagi peluang untuk mewakili Malaysia pada Piala Monsun yang akan berlangsung dari-22-27 November 2011 di tempat yang sama.
No comments:
Post a Comment