Tuesday, October 18, 2011

Rujuk Kementerian Kesihatan Sebelum Jalani Pemindahan Organ Di Luar Negara

Jawatankuasa Bertindak Pendermaan Organ meminta pesakit merujuk Kementerian Kesihatan sebelum menjalani sebarang pemindahan organ di luar negara.

Pengerusinya, Tan Sri Lee Lam Thye berkata langkah itu dapat mengelak berlakunya pemerdagangan organ selepas pembedahan.

Justeru, beliau berkata pesakit yang ingin menjalani pemindahan organ di luar negara perlu mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan, selain memastikan rekod mereka dalam fail kementerian.

"Jika tidak mendapat kelulusan kementerian, negara mungkin boleh dituduh terlibat dalam pemerdagangan organ oleh pihak tidak bertanggungjawab," katanya di Kuala Lumpur semalam.

Beliau mengulas keputusan Kementerian Kesihatan untuk tidak membekalkan ubat anti-penolakan secara percuma kepada pesakit yang menjalani prosedur pemindahan organ di luar negara tanpa kelulusannya.

Lee menasihati pesakit agar menjalani pembedahan di dalam negara kerana mereka bukan sahaja mendapat organ percuma daripada penderma, malah kos rawatan tidak setinggi di luar negara.

Sehubungan itu, beliau berkata Jawatankuasa Bertindak Pendermaan Organ akan berusaha meningkatkan bilangan penderma di Malaysia bagi membolehkan pesakit menjalani pembedahan dalam negara.

Sementara itu, Presiden Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) Datuk N Marimuthu meminta Kementerian Kesihatan memantau harga ubat anti-penolakan di pasaran berikutan keputusan tidak membekalkan ubat itu kepada pesakit yang menjalani prosedur pemindahan organ di luar negara tanpa kelulusannya.

"Kementerian Kesihatan perlu memastikan harganya mampu ditanggung bagi membolehkan mereka terus mendapat bekalan itu.

"Jika harga ubat ini tidak dipantau dan harganya juga mahal, ini mungkin akan menyusahkan pesakit," katanya.

1 comment:

  1. By every single imaginable mean the customers ought to have the option to distinguish themselves with the logo of the organization. Contender logo examination, mulling over the creation of hues, components circulation, unpredictability or straightforwardness is additionally fundamental for putting an organization well against its rival's logo crusade. logo design service

    ReplyDelete