Seorang pemandu lori yang diburu polis setelah cuba menembak seorang kontraktor di Kampung Cacar, Paka, Dungun Isnin lepas, ditahan setelah menyerah diri petang semalam.
Ketua Polis Terengganu Datuk Jamshah Mustapa berkata, lelaki berusia 55 tahun berasal dari kampung berkenaan menyerah diri di Balai Polis Paka kira-kira pukul 7 petang semalam.
Tindakan suspek itu dibuat kurang 24 jam selepas wajahnya didedahkan media, selepas dipercayai telah melepaskan tembakan ke arah seorang tukang cat dalam satu kejadian kelmarin akhirnya menyerah diri.
Suspek yang dikenali sebagai Pak Awang itu tampil menyerah diri di Balai Polis Paka pada pukul 7 petang kelmarin selepas gerakan memburunya dilakukan pihak polis.
Jamshah berkata, hasil tangkapan itu, suspek yang bekerja sebagai pemandu lori telah membawa polis ke sebuah stor berhampiran rumahnya di Kampung Cacar, Paka dekat sini.
“Pemeriksaan lanjut ke dalam stor berkenaan polis menemui sepucuk pistol jenis .38 selain 16 butir peluru hidup dan satu kelongsong peluru yang diletakkan di dalam dua tin,” katanya pada sidang akhbar di Kuala Terengganu, semalam.
Ujar beliau lagi, polis sedang menyiasat mengenai kemungkinan suspek turut terlibat dengan jenayah lain ekoran tindakan suspek memiliki senjata api.
“Kita percaya suspek mendapatkan senjata api ini daripada negara jiran dan motif suspek melepaskan tembakan ke arah seorang tukang cat dalam kejadian berkenaan adalah disebabkan dendam,” katanya lagi.
"Hasil soal siasat, suspek membawa polis ke rumahnya dan menunjukkan tempat senjata yang diguna semasa kejadian itu, disorok.
"Ekoran itu polis merampas sepucuk pistol jenis Revolver .38 dan 16 peluru serta satu kelongsong peluru yang disorok dalam dua bekas di sebuah stor berhampiran rumahnya,” katanya pada sidang akhbar di Kuala Terengganu, hari ini.
Jamshah mengesahkan, lelaki itu menyerah diri setelah gambarnya disiar dalam akhbar serta televisyen.
No comments:
Post a Comment