Pelayar New Zealand, William Tiller meneruskan aksi cemerlangnya apabila mendahului enam pasukan lain pada hari kedua Kejohanan Kapal Layar Asia Match Racing (AMRC) 2011 di Pulau Duyong, di Kuala Terengganu, Khamis.
Jurumudi pasukan Full Metal Jacket Racing itu memang dua dan kalah sekali untuk mengumpul tujuh mata dengan pencabar terdekat David Gilmour (Team Gilmour) dari Australia ketinggalan satu mata.
Dalam perlumbaan satu lawan satu pusingan timbal balik itu, Tiller mengalahkan Gilmour dan Maximilian Soh (Send It Sideways) dan kalah kepada pelayar Hong Kong, Chin Yew Seah, dari pasukan Zoke Kiwi Match.
Pelayar Australia Peter Nicholas (Freshie Racing Team), yang berkongsi kedudukan utama semalam, gagal meneruskan kecemerlangan apabila hanya mengalahkan pelayar Joe Howe (Pasukan JH) dari Singapura.
Nicholas kini mengumpul lima mata bersama Chin.
Pelayar New Zealand, Rueben Corbett (AON Racing) mengumpul empat mata diikuti Soh dengan tiga mata manakala Howe gagal mengumpul mata.
Kejohanan AMRC itu, sehingga Ahad ini, disertai oleh tujuh juragan bagi memburu tiket tunggal Asia pada Kejohanan Piala Monsun dari 22 hingga 27 Nov ini di venue yang sama.
Pada saingan Piala Monsun nanti, Malaysia akan diwakili oleh Jeremy Koo dari pasukan Abdullah Chan/KRT yang berjaya mengekalkan kejuaraan Match Racing Malaysia (MMRC) 2011, Isnin lalu.
No comments:
Post a Comment