Sunday, October 2, 2011

UMT Mohon 12Hektar Bina Pelabuhan Pengajaran

Universsiti Malaysia Terengganu (UMT) akan memohon daripada kerajaan negeri kawasan seluas kira-kira 12 hektar untuk membina sebuah pelabuhan pengajaran bagi programnya.

Naib Censelornya, Datuk Dr Aziz Deraman, berkata tapak pelabuhan itu hendaklah terletak di sekitar Pulau Duyong atau seberang Takir kerana kapal UMT tidak boleh masuk jauh ke dalam muara sungai Terengganu.

Beliau berkata, pelabuhan itu nanti bukan saja akan memberi manfaat kepada UMT tetapi juga kepada kerajaan negeri dan penduduk negeri itu.

"InsyaAllah kita akan sampaikan cadangan kita ini kepada kerajaan negeri sebelum akhir tahun ini," katanya kepada pemberita di Kuala Terengganu, kelmarin.

Selain itu, Aziz berkata, UMT bercadang untuk mewujudkan satu kawasan industri hiliran untuk pelajar UMT dalam kawasan pelabuhan pengajaran itu.

Beliau berkata, secara tidak langsung langkah itu akan membantu meningkatkan aspek keusahawanan di kalangan rakyat tempatan.

Dalam perkembangan lain, Aziz berkata, UMT merancang untuk menubuhkan sebuah muzium yang berkaitan dengan samudera dalam Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10) di pelabuhan pengajaran itu.

Aziz berkata, muzium itu boleh menjadi satu sumber produk pelancongan bagi negeri Terengganu pada masa akan depan.

No comments:

Post a Comment