Monday, November 28, 2011

Banjir Di Daerah Kuala Terengganu Tidak Berubah

Ahmad Said ketika melawat mangsa mangsa banjir di salah sebuah kawasan terjejas kelmarin.

Keadaan banjir di daerah ini pagi ini tidak banyak berubah berbanding petang semalam.

Seramai 107 mangsa daripada 28 keluarga masih lagi berada di pusat pemindahan di Sekolah Kebangsaan Bukit Guntong berbanding 117 orang petang semlam.

Jurucakap Majlis Keselamatan Negara negeri berkata enam daripada tujuh daerah di Terengganu dilanda banjir dalam pusingan pertama ini melibatkan hampir 3,000 mangsa.

Daerah-daerah itu ialah Kuala Terengganu, Marang, Kemaman, Hulu Terengganu, Besut dan Setiu.

Jurucakap Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) negeri pula melaporkan sehingga pukul 8 pagi ini, paras air di semua sungai utama berada ditahap normal.

No comments:

Post a Comment