
Program tahunan yang diadakan sebagai s

Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan negeri, Khazan Che Mat berkata, program itu bertujuan mengajak golongan belia turut sama menghayati konsep sebenar hijrah seterusnya berubah ke arah yang lebih baik.
Katanya, pendekatan dan kaedah yang betul perlu diterapkan jika mahu penglibatan belia dalam sesebuah acara keagamaan.
"Kita perlu mengambil pendekatan baru untuk menarik golongan muda agar turut sama menyertai program melibatkan aspek kerohanian seterusnya dapat mengelak mereka daripada terjebak dengan pelbagai aktiviti kurang sihat.
"Malah melalui penyertaan mereka dalam aktiviti seperti ini dapat menghakis tanggapan negatif masyarakat yang sering mengaitkan mereka dengan gejala kurang sihat seperti melepak dan merempit," katanya.
Beliau ketika ditemui selepas majlis perlepasan Kembara Maal Hijrah 1433 di perkarangan Komplek Seri Iman dekat sini, semalam.
No comments:
Post a Comment