Seramai 27 orang termasuk lapan kanak-kanak dari Kampung Basong dan Kampung Pasir Dula di sini dimasukkan ke Hospital Hulu Terengganu (HHT) kerana disyaki dijangkiti virus Hepatitis A.
Pengarah Kesihatan Negeri, Dr Anuwa Sulaiman berkata, lima orang lagi mangsa dari dua kampung berkenaan dirawat sebagai pesakit luar.
"Kesemua mangsa yang dirawat berusia antara dua tahun hingga lingkunganm50-an dan keadaan mereka dilaporkan setabil," katanya ketika dihubungi semalam.
Menurutnya kesemua mangsa terbabit dimasukkan ke hospital itu sejak tiga hari sebelum Hari Raya Aidiladha secara beperingkat-peringkat hingga beberapa kes terbaru dikesan semalam.
Dr Anuwa berkat, pihaknya sedang menjalankan pemeriksaan terperinci bagi bmengenal pasti jenis penyakit sebenar yang dihadapi kesemua mangsa.
Beliau berkata, buat masa ini, kesemua mangsa yang sedang dirawat itu disyaki terkena virus Hepatitis A berdasarkan simptom yang dialami seperti mata kuning, demam, sakit kepala dan cirit birit.
"Mereka bukan mengidap virus air kencing tikus atau Leptospirosis," katanya.
Sementara itu, Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Telemong, Rozi Mamat, yang melawat mangsa di HHT hari ini, berkata beliau mengharap Kementerian Kesihatan akan menjalankan siasatan segera bagi mengesan punca sebenar wabak itu.
Rozi, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, berkata beliau difahamkan kejadian itu berpunca dari penggunaan air yang tidak bersih.
Katanya, sebelum ini penduduk di Kampung Sungai Berua, dekat sini, telah diserang wabak itu pada September lepas.
Turut menerima nasib yang sama dalam kejadian melibatkan penduduk di Kampung Basung dan Pasir Dula dekat sini itu ialah tiga orang adik Nor Ain Nabila berusia tiga hingga 11 tahun.
Mengingati kembali penyakit itu, Nor Ain Nabila menceritakan, dia mengalami demam dan sakit kepala yang teruk sejak beberapa hari lalu dan sudah berjumpa doktor yang memberinya ubat.
“Tetapi saya dan adik-adik makin teruk sampai emak bawa kami ke hospital dan terus ditahan wad,” katanya yang tertekan kerana masalah itu menjejaskan persiapannya menduduki SPM semalam.
Bagaimanapun, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kuala Jeneris itu menganggap kejadian tersebut sebagai dugaan dan dia berharap dapat menjawab soalan peperiksaan SPM di wad hospital dengan baik.
No comments:
Post a Comment