Jabatan Perikanan Terengganu akan memperkenalkan penggunaan sejenis alat penyisih penyu dalam pukat tunda bagi mengelak lebih banyak kematian haiwan itu.
Pengarah Jabatan Perikanan negeri Zakaria Ismail berkata alat itu yang berharga antara RM500 dan RM1,000 seunit diperbuat daripada besi khas dan diletak dalam pukat untuk membolehkan binatang besar seperti penyu kembali lepas ke laut jika terperangkap dalam pukat itu manakala hidupan lain seperti ikan, sotong dan udang akan terperangkap.
"Sebelum diperluaskan penggunaanya, kita akan membuat ujian pemasangan alat itu di perairan Kemaman pada 28 Nov ini," katanya di Kuala Terengganu.
Zakaria berkata peralatan serupa kini banyak digunakan di Thailand dan Jepun dan didapati boleh menyelamatkan binatang besar seperti penyu yang terperangkap dalam pukat tunda.
Zakaria berkata penggunaan alat itu amat penting untuk mengelak lebih banyak penyu mati akibat terperangkap dalam pukat tunda.
Tahun ini, 16 ekor penyu telah ditemui mati di Terengganu.
No comments:
Post a Comment