Tuesday, November 22, 2011

JPJ Terengganu Kelauar 185 Saman

Sebanyak 185 saman dikeluarkan kepada penunggang motosikal dan pemandu kenderaan yang melakukan pelbagai kesalahan dalam ”Ops Motosikal” oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) di Kuala Terengganu.

Operasi selama dua hari hingga awal pagi semalam itu diadakan di tujuh lokasi yang menjadi tumpuan remaja di negeri ini untuk melakukan aktiviti lumba haram di malam minggu antaranya Jalan Durian Burung, Jalan Batu Buruk dan di Shahbandar di bandaraya Kuala Terengganu.

Pengarah JPJ negeri, Abdul Rahman Emang Anyie berkata, sepanjang operasi itu sebanyak 13 kenderaan disita dan 367 kenderaan diarah periksa kerana cermin gelap dan nombor pendaftaran tidak mengikut spesifikasi yang dibenarkan.

Katanya, antara kesalahan yang dikesan sepanjang operasi itu ialah cukai jalan tamat tempoh, mengubahsuai nombor pendaftaran kenderaan dan motosikal tidak dilengkapi cermin sisi.

"Operasi ini menumpukan pemeriksaan motosikal dan bagi membendung masalah rempit di negeri ini namun tidak akan mengabaikan pemilik dan pemandu kenderaan lain yang didapati melakukan kesalahan,” katanya.

Menurut Abdul Rahman, seramai 19 pengguna kenderaan berusia antara 20 hingga lingkungan 30-an turut didapati positif dadah selepas ujian air kencing dan mereka diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan lanjut.

No comments:

Post a Comment