
Ini bagi mengelak syarikat seumpama itu daripada "gulung tikar", katanya sebagai mengulas kenyataan Menteri di Jabata

Media sebelum ini melaporkan KTB mungkin memberhentikan sepenuhnya perkhidmatan bas henti-henti Cityliner di enam negeri bulan depan jika tiada pihak membantu menyelesaikan masalah syarikat terbabit yang mengalami kerugian besar.
Pemberhentian perkhidmatan itu dijangka berlaku di Kelantan, Terengganu, Selangor, Kedah, Pulau Pinang dan Pahang, yang membabitkan 80 laluan dan 400 bas.
Mohd Nadzmi berkata masalah kerugian yang dialami syarikat itu bukanlah isu baharu dan "sepatutnya sudah lama mendapat pembelaan kerajaan".
"Antara masalah yang mengekang syarikat untuk menampung kerugian ialah kos operasi yang tinggi selain kadar tambang dikawal kerajaan," katanya.
Sebelum ini, Pengarah Eksekutif KTB Tengku Hasmadi Tengku Hashim berkata syarikatnya terpaksa menanggung kerugian RM10 juta setiap tahun berikutan kos operasi yang tinggi selain menghadapi saingan daripada syarikat pengangkutan bas ekspres lain yang tumbuh seperti cendawan pada musim hujan.
No comments:
Post a Comment