Tuesday, November 22, 2011

Pelayar Tempatan Berpeluang Berlatih Bersama Juara Dunia

Mohd Saifullah Mohd Esa telah diberi satu peluang yang begitu menguntungkan apabila juara dunia, Ian Williams telah memilihnya untuk berlatih bersamanya apabila bersiap sedia untuk Piala Monsun, yang akan berlangsung dari 22 hingga 27 November di Ri -Yaz Heritage Marina Resort and Spa, Kuala Terengganu.

Disebabkan salah seorang daripada ahli pasukannya akan tiba lewat, Williams tidak mampu untuk menunggu dan mahu melakukan latihan sebanyak mungkin.

Mohd Saifullah telah mencatatkan pengalaman sebagai Bowman, dalam pasukan Tiffany Koo semasa Kejohanan Match Racing Malaysia (MMRC) tahun lepas dan mengetahui bagaimana rasanya belayar dengan pelayar terkemuka.

Namun perasaan berada di atas satu kapal bersama juara dunia adalah sesuatu yang mendebarkan. Apatah lagi Ian merupakan pelayar yang berkedudukan teratas dalam papan carta Siri Jelajah Dunia Match Racing (WMRT). Dengan 106 mata, Williams dan pasukannya, Team Pindar GAC, amat berpontensi dinobatkan sebagai juara dengan begitu hampir kepada kemenangan.

Pada 2010, keyakinan Williams terhadap potensi pelayar tempatan telah membawa beliau untuk melihat kemungkinan menandatangani perjanjian penajaan utama dengan sebuah bank Malaysia yang besar.

Dia berkata, "Cara pertama untuk membantu pelayar tempatan bergerak ke hadapan dengan memberi mereka peluang menyertai pasukan saya untuk sesi latihan. Cara kedua adalah turut bersama menyertai acara belayar bersama rakyat Malaysia.”

Williams mengambil peluang untuk menyebarkan pengetahuan dan pengalamannya kepada pelayar-pelayar Malaysia. Beliau berkata, "Saya mahu mencuba untuk menguji setiap calon di beberapa kawasan, khususnya; kekuatan dan kecergasan, keupayaan untuk belajar, kesedaran, reaksi kepada tekanan, dan afiniti semula jadi untuk sukan itu"

Dari segi keupayaan belayar, tiga calon yang menonjol, salah seorang daripada mereka adalah Mohd Saifullah. Williams menjelaskan, "Saya fikir bahawa Saifullah mungkin pelayar paling berjaya dalam peranannya dan itulah sebab mengapa kami memilih dia untuk berlatih dengan kami."

Piala Monsun bukan sahaja menaikkan sukan pelayaran di Malaysia tetapi juga menyediakan satu peluang untuk kanak-kanak menceburi bidang pelayaran.

Acara ini juga telah membuka pintu untuk penajaan korporat kerana ia menawarkan faedah tajaan yang besar dari segi pendedahan dan tanggungjawab sosial korporat (CSR).

Syarikat-syarikat Malaysia yang terkemuka sentiasa mencari peluang tajaan sebegini yang bukan sahaja memberi kelebihan kepada syarikat itu, tetapi juga memberi manfaat kepada masyarakat secara keseluruhannya.

No comments:

Post a Comment