Monday, November 21, 2011

Pemblog Pro-BN Adalah 'Askar Baru’ Lawan Pembangkang - Perdana Menteri

Datuk Seri Najib Razak semalam melahirkan sokongan padu kepada pemblog-pemblog dan pengguna media sosial pro-Barisan Nasional (BN) dengan menyifatkan mereka sebagai “askar baru” perikatan tersebut melawan pembangkang.

Pengerusi BN itu berkata dunia atas talian adalah medan pertarungan antara pembangkang dan perikatan pimpinannya, dan ramai yang kini mengunjungi laman-laman web, portal dan blog sebagai saluran maklumat.

“Barisan Nasional mengiktiraf anda semua, pengamal-pengamal media sosial. Anda pejuang-pejuang kami, askar baru kami,” kata Najib (gambar) selepas melancarkan Konvensyen Media Sosial 1 Malaysia di Kuala Lumpur, semalam.

Perdana Menteri berkata pemimpin-pemimpin dan ahli-ahli BN perlu mengadaptasi mengikut perubahan masa dengan menggunakan media sosial jika mahu kekal relevan.

Media sosial menjadi semakin penting dalam arena politik negara ini dengan 11.3 juta rakyat Malaysia menggunakan Facebook setakat pertengahan tahun ini.

Najib juga memberitahu peserta konvesyen itu, kebanyakannya pemblog pro-BN bahawa mereka perlu menjelaskan kepada rakyat Malaysia atas talian tentang usaha-usaha diambil kerajaan dan kejayaannya, serta melawan kenyataan-kenyataan pembangkang yang bersifat bohong dan separuh benar.

“Ini adalah peranan pejuang-pejuang atas talian, yang akan meneruskan usaha mereka menggunakan BlackBerry, komputer bimbit dan iPad.

Malaysian Insider

No comments:

Post a Comment