Wednesday, November 16, 2011

Pergerakan Pesawat Di Semua Lapangan Terbang Meningkat 9 Bulan Pertama 2011

Prestasi pergerakan pesawat bagi lapangan terbang di Malaysia, untuk sembilan bulan pertama tahun ini meningkat 9.53 peratus, daripada 439,138 pergerakan pesawat pada 2010, kepada 480,974 pada 2011.

Dalam satu kenyataan di sini Selasa, Kementerian Pengangkutan berkata daripada 480,974 itu, 64.66 peratus adalah pergerakan pesawat bagi penerbangan domestik dan selebihnya, iaitu 35.34 peratus adalah pergerakan pesawat bagi penerbangan antarabangsa.

Jumlah pergerakan pesawat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) termasuk Terminal Penerbangan Tambang Rendah (LCCT), pada tahun ini menunjukkan peningkatan 10.95 peratus, daripada 180,219 pada 2010.

Sebanyak 20 lapangan terbang termasuk STOLports menunjukkan peningkatan pergerakan pesawat antara 0.6 peratus hingga 89.15 peratus pada bulan pertama 2011, antaranya ialah KLIA, Pulau Pinang, Kota Kinabalu dan Kuching.

Peningkatan prestasi pergerakan pesawat ini adalah disebabkan oleh peningkatan kepada jumlah kekerapan penerbangan dan laluan baru bagi syarikat penerbangan tempatan dan asing.

Selain itu, syarikat-syarikat penerbangan baharu yang beroperasi di semua lapangan terbang antarabangsa negara juga merupakan faktor yang menyumbang kepada peningkatan prestasi pergerakan pesawat.

Malaysia Airports Holdings Bhd menjangka lapangan terbang di Malaysia akan mengalami pertumbuhan positif dari segi prestasi pergerakan pesawat dan akan meningkat 6.6 peratus berbanding 2010.

No comments:

Post a Comment