
Setiausaha Kerajaan Terengganu, Datuk Mazlan Ngah berkata, mulai tahun hadapan, kementerian mengambil alih program ETA itu yang akan dijalankan di negeri-negeri lain sebagaimana dibuat di Terengganu.

"Kementerian Pelajaran mendapati program ETA itu menghasilkan peningkatan penguasaan bahasa Inggeris dengan baik,” katanya kepada pemberita selepas majlis penghargaan dan perpisahan ETA di Kuala Terengganu, semalam.
Mazlan berkata, dalam tempoh enam tahun program itu dijalankan peningkatan prestasi pelajar amat mengagumkan.
"Pegawai pelajaran melaporkan pelajar yang mengikuti program itu mencapai kelulusan meningkat mendadak pada peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mereka," katanya.
No comments:
Post a Comment