Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Daerah Hulu Terengganu mengalu-alukan penagih datang ke Pusat Perkhidmatan Cure and Care secara sukarela untuk menjalani pemulihan.
Ketua Pegawai AADK Hulu Terengganu, Anwar Hamid berkata, kehadiran golongan itu secara sukarela menyenangkan kerja pihaknya memberi pelbagai maklumat berhubung pemulihan berbanding mereka yang dihantar ke pusat itu.
“Alhamdulillah sekarang residen ‘Inpatient’ dan ‘Outpatient’ yang berada di pusat kami kini masing-masing seramai 13 dan 35 orang.
“Tetapi rata-ratanya bukan dari daerah ini malah ada yang datang dari Pulau Pinang, mungkin mereka lebih suka mendapatkan rawatan di kawasan yang jauh berbanding berdekatan kampung halaman mereka,” katanya pada Program Muhibbah Kasih di pekarangan pejabat AADK di Ajil.
Menurutnya, AADK memang menggalakkan residen datang dan membawa azam untuk berubah serta diterima masyarakat setempat.
“Banyak aktiviti yang dapat mereka lakukan di sini kerana semuanya diberi tunjuk ajar termasuk ilmu kerohanian sebagai jalan mendekatkan diri mereka dengan Tuhan,” katanya.
Beliau percaya, golongan itu mahu kehidupan mereka berubah disebabkan kesilapan yang dipilih suatu masa dahulu, tetapi sokongan keluarga dan masyarakat amat perlu dalam usaha memulihkan mereka.
Sinar Harian
No comments:
Post a Comment