Thursday, December 29, 2011

JPJ Tumpu Opresi Terhadap Lori Lebih Muatan

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan terus menjalankan operasi harian dengan menumpukan lori lebih muatan selain kesalahan melibatkan pemandu tidak mengikut peraturan jalan raya.

Pengarahnya, Abdul Rahman Emang Anyie berkata, operasi ini akan dilakukan di kawasan yang telah dikenal pasti oleh pegawai dan anggota JPJ sebelum hari operasi dilakukan berdasarkan maklumat yang diterima.

“Setakat ini kita tidak mengehadkan operasi di daerah Kuala Terengganu sahaja, malah turut melakukannya secara bersepadu di daerah-daerah lain bagi memastikan kesalahan melibatkan kenderaan dapat dikurangkan.

“Hasil operasi berterusan kita lihat kesedaran pemandu di negeri ini semakin baik walaupun ada segelintirnya masih mementingkan diri,” katanya.

Menurutnya, selain operasi harian, pegawai dan anggota juga turut menjalankan operasi bersepadu bersama agensi lain seperti Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dan polis seperti Ops Pra Perayaan, Ops Bersepadu dan Ops Motosikal.

“Melalui cara ini keberkesanannya lebih praktikal dan memudahkan setiap kesalahan dikesan,” katanya.

No comments:

Post a Comment