Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) Terengganu telah menganjurkan 38 kursus pada tahun ini dalam usaha meningkatkan kemahiran dan ekonomi golongan wanita termasuk ibu tunggal dan belia.
Penolong Pengarah JPW negeri Rafiah Sulaiman berkata kursus yang menelan kos kira-kira RM270,000 itu telah memberi manfaat kepada kira-kira 1,500 peserta.
Katanya, antara kursus yang dianjurkan ialah dalam bidang gubahan, jahitan, masakan dan motivasi bagi mendorong mereka menceburi dan mengusahakan bidang berkenaan.
Matlamatnya adalah untuk membantu mereka meningkatkan ekonomi keluarga dan sekaligus mengurangkan kadar kemiskinan, katanya di Kuala Terengganu, semalam.
Selain itu, katanya JPW negeri turut mengadakan program khusus untuk golongan ibu tunggal dalam bidang menggunting rambut dan masakan.
"Bagi program tersebut kita bekerjasama dengan Kolej Komuniti untuk melatih dan memberi kemahiran kepada peserta."
No comments:
Post a Comment